Beranda > blogger, Lain Lain, tips internet, tutorial > Google menghapus Lebih Dari 11 Juta Blog

Google menghapus Lebih Dari 11 Juta Blog

Baru-baru ini, Google telah menghapus lebih dari 11 juta laman web termasuk blog dengan alasan laman-laman tersebut merupakan laman spam serta membiakkan malware dan bebagai ware yang lain dan membahayakan blogosfera.

Sungguh mengejutkan kerana laman-laman yang terlibat merupakan laman yang berdaftar di bawah subdomain .co.cc. Seluruh subdomain .co.cc dihapuskan.

Apakah ini sebagai strategi perniagaan? Jumlah laman yang berdaftar di bawah subdomain .co.cc melebihi laman yang berdaftar di bawah subdomain .co.uk. Subdomain .co.cc ini dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat Korea dan tidak diiktiraf sebagai domain level kedua (subdomain) yang sah lagi diabsahkan.

Domain .cc berdasarkan ( dan beralamat) nama Kepulauan Cocos (Keeling), satu wilayah kecil di bawah pentadbiran Australia di Lautan India.
Terdapat 11,383,736 domain di bawah subdomain .co.cc dengan pengguna berdaftar seramai 5,731,278 orang. Antara domain terbesar dunia, lebih besar dari .org dan .uk.

Google menggelarkan laman-laman di bawah subdomain .co.cc sebagai ‘freehost’, karena pemiliknya menawarkan pendaftaran dan hosting secara percuma untuk subdomain tunggal dan 15000 subdomain pada harga USD 1000 secara pukal, lebih kurang USD00.07 bagi satu url. ( Takkanla jaki kot?) Memang pelik, sebab semua subdomain .co lain mengenakan bayaran standard.

Google menegaskan bahawa dengan menafikan lebih 11 juta laman-laman ‘freehost’ terbabit, mereka telah menjalankan hak dan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan pengguna internet lain.

Mengikut satu laporan oleh Anti-Phishing Working Group, sejumlah 4963 serangan phishing berasal dari domain co.cc iaitu dua kali ganda berbanding .co yang lain.

Iklan
  1. 30 Mei 2012 pukul 15:45

    Contoh yang sering diberikan adalah air, yang mendidih pada suhu 100oC di bawah tekanan atmosfir normal.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: